Wednesday, 20 April 2016

ENTRY BLOG 4
MASALAH RASUAH SEMAKIN BERLELUASA

Apa itu Rasuah?

Rasuah bermaksud suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tertentu.  Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
1) Meminta/ menerima rasuah
2) Menawar/ memberi rasuah
3) Membuat tuntutan palsu
4) Menyalahguna jawatan/ kedudukan


Rasuah ini berlaku disebabkan beberapa punca.  Antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah adalah disebabkan kelemahan peribadi seperti lemah imam dan takwa.  Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang.  Hal ini dapat dilihat dalam teori "Technique of Neutralization" oleh Grisham dan David Matza.  Di mana mereka mengatakan "Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu".  Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, dan ingin cepat kaya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. 

Selain itu, sosial dan budaya juga merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya rasuah.  Di mana masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda sempena menyambut hari-hari perayaan, hari kebesaran, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah untuk melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

Gejala rasuah ini banyak mendatangkan kesan negatif kepada individu itu sendiri, masyarakat dan negara. Antara kesan negatif yang paling besar disebabkan rasuah adalah menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir.  Akibatnya ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.  Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentdbiran dan pemerintahan sesebuah negara.  Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.


Memandangkan gejala rasuah semakin berleluasa pelbagai langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini harus segera di ambil oleh pihak yang bertanggungjawab sebelum ia terus merebak ke tahap yang kritikal. Antara langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi gejala rasuah ini adalah dengan mengukuhkan keimanan dan jatidiri.  Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah.  Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat di atasi.  Kekuatan imam dan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekalipun peluang terbuka luas di hadapan mata.

Selain itu, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman juga merupakan langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi gejala rasuah ini.  Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara.  Selain itu, para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.  








ENTRY BLOG 3
GEJALA PONTENG SEKOLAH

Apa itu ponteng?

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.  Seseorang dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.

Sejak akhir-akhir ini masalah ponteng sekolah semakin menjadi-jadi sehingga sampai kepada peringkat yang amat serius.  Pihak media sering menyiarkan berita berkaitan masalah ini sehingga pada masa kini pihak guru dan ibu bapa berasa sesuatu tindakan tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini ke peringkat yang lebih kronik lagi.  Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian pendidikan, peratus pelajar yang ponteng sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar.

 

Antara punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah adalah kurang minat kepada pelajaran dan pengajaran di sekolah.  Keadaan ini berkemungkinan besar berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi dan pendidikan Islam.  Tambahan pula pelajar kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu mengikuti pelajaran dengan sempurna dan ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri.  Hal inilah yang menyebabkan berlaku kejadian ponteng sekolah yang banyak dikalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan pelajar yang cerdas.  Mereka yang ponteng sekolah ini disebabkan sifat mudah berputus asa dan tidak yakin pada diri sendiri.

Selain itu, punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah juga disebabkan mereka lebih memetingkan keseronokan dari pelajaran.  Hal ini jelas dapat dilihat apabila banyak dikalangan mereka yang ponteng sekolah dengan tujuan melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi.  Bagi mereka belajar di sekolah membosankan kerana tidak mempunyai unsur-unsur hiburan.  Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai unsur kesedaran tentang kepentingan pelajaran untuk menjamin masa depan mereka.  Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.






Oleh sebab gejala ponteng sekolah semakin pelbagai langkah yang sesuai harus diambil dengan segera untuk membendung masalah ini dari terus menular.  Antara langkah yang boleh di ambil ialah pihak sekolah harus mengeluarkan surat amaran kepada pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah terlalu kerap terutama bagi pelajar yang ponteng sekolah tiga hari berturut-turut.  Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa kadang-kadang tidak mendapat maklum balas yang diharap-harapkan.  Ini kerana ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan seharian sehingga tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah.  Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal ehwal anak-anak mereka.  Keadaan ini memberi rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan sekolah.  Oleh itu, bolehlah ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang kepada masalah ini.

Kesimpulannya, jika masalah ini tidak diatasi dengan segera peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan ini akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat berpendidikan tinggi, cerdas dan pintar.  Oleh sebab itu, peranan ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi semakin serius.
























Monday, 18 April 2016

ENTRY BLOG 2
PENGAMBILAN DADAH DI KALANGAN REMAJA SEMAKIN MENINGKAT

Apa itu dadah?

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit mengurangkan simpton atau mengubahsuai proses kimia dalam badan untuk tujuan tertentu.  Walau bagaimanapun, tidak semua bahan yang dimakan dianggap dadah.  Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil untuk tujuan tertentu.

Pada era globalisasi ini, masalah penagihan dadah dikalangan remaja di negara kita menjadi semakin serius dan meluas dari semasa ke semasa.  Masalah sosial ini telah membimbangkan pelbagai pihak terutama pihak kerajaan memandangkan gejala sosial ini boleh meruntuhkan sifat kesantunan dalam kalangan remaja.  Hal ini kerana remaja yang menagih dadah tidak pandai menjaga maruah diri serta tidak mempunyai harga diri.

    
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja ini terlibat dengan dadah.  Antara punca utama ialah pengaruh rakan sebaya.  Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan manusia UKM pernah menjelaskan sikap remaja yang mudah mempercayai orang lain terutama rakan yang rapat akan memudahkan akan memudahkan remaja tersebut terjebak dengan gejala sosial termasuklah dadah.  Mereka ini akan mudah mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya tanpa memikirkan akibat yang bakal dialami.  Oleh sebab itu, apabila rakan-rakannya mengajak menagih dadah, mereka yang berfikiran kurang matang ini akan mengikut perbuatan dan tingkah laku rakan-rakan yang lain.

Selain itu, sifat naluri seseorang yang ingin mencuba benda baru menyebabkan remaja mengambil dadah.  Sebagai remaja, sememangnya mereka terikat dengan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru.  Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian dan kematangan mereka.  Oleh itu, dengan mengambil sebiji pil yang menjadi punca utama kepada penangihan dadah, mereka merasa cukup matang dan dewasa.  Mantan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi.

Di samping itu, kurangnya didikan agama juga menjadi punca remaja mengambil dadah.  Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan kurangnya didikan agama.  Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anaknya.  Tambahan pula, dalam dunia moden ini remaja sering terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.  Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang dilarang oleh agama.  Oleh itu, pendidikan agama adalah sangat penting bagi menghindari perbuatan yang diangganp hina ini.


Memandangkan gejala sosial ini mendatangkan banyak kesan negatif, kita haruslah mengambil pelbagai langkah bagi membendung masalah ini dari berleluasa.  Antara langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pengedar dadah.  Hal ini kerana tanpa pengedar dadah sudah tentu pengadih dadah tidak dapat memperolehi bekalan dadah.  Selain pengedar dadah, penagih dadah juga wajib dikenakan hukuman yang berat.  Contohnya, mengikut undang-undang dadah Malaysia, Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang disabit dengan kesalahan memiliki dadah jenis ganja seberat 200 gram atau lebih boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  Dengan cara mengenakan hukuman berat remaja akan berasa takut dan tidak berani untuk melanggar undang-undang negara.

Di samping itu, pendidikan untuk mencegah gejala penagihan dadah juga harus diberikan kepada golongan remaja.  Pihak yang berkenaan baik kerajaan mahupun swasta dalam usaha membanteras gejala penagihan dadah  perlu mengadakan pendidikan bagi mencegah gejala ini.  Contohnya, dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya.  Hal ini bertujuan memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahayanya dadah.   






Tuesday, 5 April 2016




FENOMENA  EL-NINO

Apa itu el-nino?

El-nino adalah fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dienali sebagai Getaran Selatan El-Nino.  El-nino juga merupakan fenomena lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan menggantikan arus laut yang kebiasaanya sejuk di luar pantai barat Peru,Amerika Selatan.  Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan.  Contohnya di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia berlaku keadaan cuaca yang lebih kering dari normal berbanding di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa yang mengalami keadaan lembap.

















Menurut pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), El-nino adalah keadaan lebih panas dari biasa yang berpanjangan di kawasan tropika di tengah dan timur lautan pasifik, dengan nilai Oceanic Nino Index (ONI) adalah 0.5 darjah celcius atau  lebih untuk sekurang-kurangnya 5 bulan ONI berturut-turut anomali suhu permukaan laut (sea surface Temperature, SST) di kawasan NINO 3.4 dikira setiap bulan dan diguna pakai sebagai petunjuk fenomena El-nino.  


Gambar di atas menggambarkan keadaan di mana kawasan tropika iaitu kawasan yang mengalami iklim khatulistiwa dibahagian tengah dan sub-tropika di antara garisan jadi di selatan dan garisan sartan di utara. Ia digambarkan dengan warna oren kekuningan di mana ia melambangkan suhu yang panas di kawasan itu.  Manakala di bahagian hemisfera utara menuju artik dan bahagian hemisfera selatan menuju antartika ditandakan dengan warna biru turkois adalah kawasan sejuk.  Kejadian El-nino adalah berlaku di kawasan yang bertanda oren kekuningan.


Mengikut kajian ahli sains yang berkaitan dengan iklim dan lautan, fenomena El-nino telah dikesan melalui beberapa tanda seperti kenaikan tekanan udara permukaan lautan di Lautan Hindi,Kepulauan Indonesia dan Astralia, tekanan udara berat turun dikawasan Tahiti, Amerika Tengah serta di timur Lautan Pasifik dan perubahan tiupan angin di bahagian selatan pasifik atau bergerak dari timur Kepulauan Indonesia dan Australia ke pantai barat Amerika Selatan. Selain itu, fenomena El-nino juga dapat dikesan melalui suhu permukaan air laut yang semakin tinggi di Peru yang mengakibatkan kawasan gurun di utara peru mengalami hujan yang lebat.

Kesan atau impak El-Nino terhadap sesuatu kawasan boleh menyebabkan keadaan kering yang luar biasa contohnya di Malaysia, Indonesia, Filipina adan utara Autralia.  Dalam pada itu, El-Nino cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan Utara Brazil berbanding cuaca lebih lembap berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara.  Impak El-nino kepada negara secara umumnya boleh meneyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi sabah dan sarawak.  El-nino juga menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.




Langkah-langkah yang boleh diambil semasa berlaku fenomena El-nino atau cuaca yang panas: