ENTRY BLOG 3
GEJALA PONTENG SEKOLAH
Apa itu ponteng?
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.
Sejak akhir-akhir ini masalah ponteng sekolah semakin menjadi-jadi sehingga sampai kepada peringkat yang amat serius. Pihak media sering menyiarkan berita berkaitan masalah ini sehingga pada masa kini pihak guru dan ibu bapa berasa sesuatu tindakan tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian pendidikan, peratus pelajar yang ponteng sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar.
Antara punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah adalah kurang minat kepada pelajaran dan pengajaran di sekolah. Keadaan ini berkemungkinan besar berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberi tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi dan pendidikan Islam. Tambahan pula pelajar kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu mengikuti pelajaran dengan sempurna dan ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Hal inilah yang menyebabkan berlaku kejadian ponteng sekolah yang banyak dikalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan pelajar yang cerdas. Mereka yang ponteng sekolah ini disebabkan sifat mudah berputus asa dan tidak yakin pada diri sendiri.
Selain itu, punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah juga disebabkan mereka lebih memetingkan keseronokan dari pelajaran. Hal ini jelas dapat dilihat apabila banyak dikalangan mereka yang ponteng sekolah dengan tujuan melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi. Bagi mereka belajar di sekolah membosankan kerana tidak mempunyai unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai unsur kesedaran tentang kepentingan pelajaran untuk menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.
Oleh sebab gejala ponteng sekolah semakin pelbagai langkah yang sesuai harus diambil dengan segera untuk membendung masalah ini dari terus menular. Antara langkah yang boleh di ambil ialah pihak sekolah harus mengeluarkan surat amaran kepada pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah terlalu kerap terutama bagi pelajar yang ponteng sekolah tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa kadang-kadang tidak mendapat maklum balas yang diharap-harapkan. Ini kerana ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan seharian sehingga tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini memberi rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan sekolah. Oleh itu, bolehlah ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang kepada masalah ini.
Kesimpulannya, jika masalah ini tidak diatasi dengan segera peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan ini akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat berpendidikan tinggi, cerdas dan pintar. Oleh sebab itu, peranan ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi semakin serius.

No comments:
Post a Comment