Monday, 18 April 2016

ENTRY BLOG 2
PENGAMBILAN DADAH DI KALANGAN REMAJA SEMAKIN MENINGKAT

Apa itu dadah?

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit mengurangkan simpton atau mengubahsuai proses kimia dalam badan untuk tujuan tertentu.  Walau bagaimanapun, tidak semua bahan yang dimakan dianggap dadah.  Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil untuk tujuan tertentu.

Pada era globalisasi ini, masalah penagihan dadah dikalangan remaja di negara kita menjadi semakin serius dan meluas dari semasa ke semasa.  Masalah sosial ini telah membimbangkan pelbagai pihak terutama pihak kerajaan memandangkan gejala sosial ini boleh meruntuhkan sifat kesantunan dalam kalangan remaja.  Hal ini kerana remaja yang menagih dadah tidak pandai menjaga maruah diri serta tidak mempunyai harga diri.

    
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja ini terlibat dengan dadah.  Antara punca utama ialah pengaruh rakan sebaya.  Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan manusia UKM pernah menjelaskan sikap remaja yang mudah mempercayai orang lain terutama rakan yang rapat akan memudahkan akan memudahkan remaja tersebut terjebak dengan gejala sosial termasuklah dadah.  Mereka ini akan mudah mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya tanpa memikirkan akibat yang bakal dialami.  Oleh sebab itu, apabila rakan-rakannya mengajak menagih dadah, mereka yang berfikiran kurang matang ini akan mengikut perbuatan dan tingkah laku rakan-rakan yang lain.

Selain itu, sifat naluri seseorang yang ingin mencuba benda baru menyebabkan remaja mengambil dadah.  Sebagai remaja, sememangnya mereka terikat dengan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru.  Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian dan kematangan mereka.  Oleh itu, dengan mengambil sebiji pil yang menjadi punca utama kepada penangihan dadah, mereka merasa cukup matang dan dewasa.  Mantan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi.

Di samping itu, kurangnya didikan agama juga menjadi punca remaja mengambil dadah.  Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan kurangnya didikan agama.  Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anaknya.  Tambahan pula, dalam dunia moden ini remaja sering terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.  Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang dilarang oleh agama.  Oleh itu, pendidikan agama adalah sangat penting bagi menghindari perbuatan yang diangganp hina ini.


Memandangkan gejala sosial ini mendatangkan banyak kesan negatif, kita haruslah mengambil pelbagai langkah bagi membendung masalah ini dari berleluasa.  Antara langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pengedar dadah.  Hal ini kerana tanpa pengedar dadah sudah tentu pengadih dadah tidak dapat memperolehi bekalan dadah.  Selain pengedar dadah, penagih dadah juga wajib dikenakan hukuman yang berat.  Contohnya, mengikut undang-undang dadah Malaysia, Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang disabit dengan kesalahan memiliki dadah jenis ganja seberat 200 gram atau lebih boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  Dengan cara mengenakan hukuman berat remaja akan berasa takut dan tidak berani untuk melanggar undang-undang negara.

Di samping itu, pendidikan untuk mencegah gejala penagihan dadah juga harus diberikan kepada golongan remaja.  Pihak yang berkenaan baik kerajaan mahupun swasta dalam usaha membanteras gejala penagihan dadah  perlu mengadakan pendidikan bagi mencegah gejala ini.  Contohnya, dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya.  Hal ini bertujuan memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahayanya dadah.   






No comments:

Post a Comment